Saturday, September 24, 2011

Show @ Jerudong Polo Club

Tadi geng Irb baharu saja selesai membuat persembahan makan malam yang dikendalikan oleh Indian Chamber Of Commerce Brunei darussalam...Tetamu kehormat pada acara tersebut ialah Yang Berhormat Shri E Ahamed, Minister Of State Of External Affair, Republic Of India...

Friday, September 23, 2011

Raya Performance

Alhamdullilah, Irb sekali lagi dijemput bagi membuat persembahan muzikal sempena Majlis Rumah Terbuka Dst Group pada Hari Khamis lalu, 22September... Persembahan dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pagi & petang.

Terima kasih kpd staff Dst, esp to Abg Indra kerana sudi bergabung dengan kami & jutaan terima kasih kepada DST GROUP kerana membarikan kepercayaan kepada kami selama 4 tahun ini bagi sama2 menjayakan acara tersebut.

Monday, September 19, 2011

Raya Performance at ICentre

Selasa,20/9/2011-

Irama Bahtera sekali lagi dijemput untuk membuat persembahan bagi memeriahkan acara Rumah Terbuka ICentre. Thanks to ICentre for inviting us, we'll look foward for the next collaboration.

By Ajid

Random

Apakah yang dirunding atu boss??

Photo by Artison

Sunday, September 18, 2011

Show @ Empire Hotel

18 September - Ahad

Irama Bahtera dijemput bagi membuat persembahan Welcoming Reception sempena The 29th Asean Minister Energy Meeting.

Persembahan yang berlangsung selama Sejam Lebih turut di jayakan bersama oleh kumpulan Aj Dancer. Syabas dan tahniah buat yang menjayakan persembahan tersebut.

By Ajid

Saturday, September 17, 2011

One Step Closer

Alhamdullilah.....Preview untuk Pertandingan Rentak Tradisi tadi berjalan dengan lancar. Terima kasih to Pg Yussof, Awg, Ana, Aju, Saiful & Rafie termasuk saya untuk sama berjaya membuat persembahan yang terbaik walaupun didalam masa yang singkat. Terima Kasih juga kepada Aimi, Noramerlina, Qays & Rhymie diatas sumbangan dan sokongan padu yang diberikan walaupun terpak inda main kerna komitmen masing2...

Good luck untuk persembahan karang & buat yang terbaik


Posted by : ajid

Friday, September 16, 2011

11 September 2011

Irb dijemput bagi membuat persembahan bertempat di Dewan Songket, Hotel Antarabangsa Rizqun.

Persembahan berlangsung selama tiga jam & diucapkan selamat pengantin baru dari kami, Irama Bahtera Entertainment

Thursday, September 8, 2011

Ramah Mesra Aidilfitri @ Mess Pegawai Berakas Kem




BSB, 7/9/2011

Irama Bahtera sekali lagi dijemput untuk membuat persembahan sempena Majlis Ramah Mesra Aidilfitri bertempat di Mess Pegawai Bujang, Berakas Kem. Persembahan yang mengambil masa selama tiga jam itu juga turut dihadiri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan berserta Kerabat Diraja yang lain.

IRBGE mengucapkan setinggi - tinggi penghargaan kepada pihak yang menjemput kami & Insyaallah pihak kami akan berkerjasama dan memberikan perkhidmatan yang terbaik dimasa yang akan datang. Berikut disertakan foto2 kenangan sepanjang acara tersebut berlangsung:

"IRBGE ketika membuat persembahan"

"Ramah Mesra dengan KDYMM"

"IRBGE diperkenalkan oleh salah Seorang Pegawai Mess & Ana ketika lawatan KDYMM semasa acara tersebut"

"Bersama Raja Yang Berjiwa Rakyat"

"Foto kenangan Ajid bersama teman persekolahannya"

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dari kami IRAMA BAHTERA ENTERTAINMENT"








BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop