create your own banner at mybannermaker.com!

Monday, December 24, 2007

Majlis Perkahwinan


Irama Bahtera ( By : David Cheok )

Majlis perkahwinan di kampong menglait gadong berjalan dengan lancar. Persembahan yang mengambil masa selama 3 jam. Geng Irama Bahtera juga di minta untuk membuat persembahan pada sebalah malam nya.

Gambar ini telah di ambil oleh Mohd David Cheok

http://davidcheok.multiply.com/photos/album/22/Irama_Bahtera

More Picture www.brutradmusic.multiply.com

Tuesday, December 18, 2007

Ericsson Opening

This picture taken by Mr Hafidz Hassan Thanx bro jasa mu akan kami kenang hehe

With best regards,
H a f i d z H a s s a n
Senior Executive, Graphics and IT



more www.brutradmusic.multiply.com

Sunday, December 16, 2007

Bersama DJ Kristal FM


Deejay Azrol yang selamba n sporting

Nora n Aimi wif uncle Ezad

Uncle Ezad in the house



Awang wif Dj Deen


Irama Bahtera wif Uncle Ezad

Thanx Dj Keejah



"Sambil Menyelam minum Air" Geng Irama Bahtera diberi peluang untuk berjumpa dengan deejay-deejay Kristal FM, kami juga di bawa lepak di studio KFM sambil berchatting dengan para chatters-chatters di chatt room ( Warung ) Thank to the Deejay kerana sudi melayan karenah Geng Irama Bahtera

more www.brutradmusic.multiply.com

Friday, December 14, 2007

Thanx To Bro Shahrin KFM


Irama Bahtera wif Shahrin KFM in da house

Rakaman di kristal FM berjalan dengan baik,Ribuan terima kasih kepada Shahrin paling kiri Sound Engineer untuk Studio Kristal FM kerana sudi melayan dan memberikan kerjasama beliau semasa rakaman di jalankan.

Terima Kasih juga kami tujukan kepada DJ KFM Uncle Ezad atas kesudian uncle untuk melayan karenah kami serta membacakan ucapan kami pada petang tadi.

Thursday, December 13, 2007

Aju Serulbana


Aju Serulbana in action


This picture ada rah website pixel-n-grain

thanx for the owner of the website for the comments n gambar we link your site k.

www.pixels-n-grains.com

The comments

Irama Bahtera - Thu | Dec 06,2007 | 19:19 hours | 64 views
Canon EOS 5D | 1/40 sec | f 1.2/85 mm/ISO 400 | Flash: Fired

Description First time I heard them I was felt in love with their musics. Most of them are cover songs but they change the arrangement into more towards traditional 'Guling Tangan' style. Click http://iramabahtera.blogspot.com for more info.

Wednesday, December 12, 2007

The sixth 2nd ECHELON @ Rizqun


Irama Bahtera in action


Persembahan Majlis Makan malam bagi The sixth 2nd ECHELON Brunei - Singapore Senior Civil Servants Exchange program berjalan dengan lancar. Majlis yang bermula pada pukul 7:30 malam ini di hadiri oleh tetamu-tetamu dari brunei dan singapore. Terdapat sedikit gangguan pada Amplifier Aimi Violin dimana ianya tidak berapa berfungsi.

Dukacita juga di ucapkan kepada Pg Yussof atas kehilangan Harmonica beliau yang baru saja di beli brand Honer. Kehilangan harmonica tersebut juga di rasai kesedihan nya oleh geng Irama Bahtera.

more picture www.brutradmusic.multiply.com

Sunday, December 9, 2007

Majlis Perkahwinan


Majlis perkahwinan Dyg Nor Faizatul Fatimah & Awg Mohd Asmawi


Irama Bahtera in action

Majlis Perkahwinan yang berlangsung di LR Asma Hotel Jerudong berjalan dengan lancar, member-member yang hadir ialah

Pg Yussof = Gulintangan
Rafie = Rebana
Aimi = Violin
Ajid = Keyboard n gitar
Aju = Seruling n Drabuka
Awang = Bass Gitar

Nora tidak hadir kerana beliau sedang berada di luar negara bercuti ( holiday lah katakan )

more pictures www.brutradmusic.multiply.com

Monday, December 3, 2007

Dinner Kementerian Kewangan


Tune dulu cari key masing-masing

Persembahan makan malam untuk (APEC dinner hosted by kementerian kewangan) berjalan dengan lancar. kebanyakkan lagu-lagu yang di dendangkan oleh Irama bahtera ialah lagu-lagu english seperti My Way, Endless love, Hero, Canon dan lain-lain lagi termasuk lagu-lagu Asean seperti Kemanyoran, Leronsinta, Ayo mama, lai krathong dan sebagainya.

more pictures www.brutradmusic.multiply.com

Sunday, December 2, 2007

Majlis Perkahwinan di Lamunin Tutong

Majlis Perkahwinan di lamunin tutong berjalan dengan lancar. Perjalanan mengambil masa selama sejam, terdapat sedikit gangguan speaker yang mana di sebabkan oleh kawasan tempat persembahan yang singkat.

Members : Pg Yussof ( Gulintangan)
Nora ( Guciran )
Ajid ( Accordian )
Rafie ( Rebana )
Aimi ( Violin )
Qaisy ( Keyboard )
Awang ( Bass Gitar )
Aju ( Seruling )

more pictures www.brutradmusic.multiply.com

Thursday, November 29, 2007

Pembukaan Rasmi Ericcson Brunei

Geng irama bahtera

Persembahan Sempena Majlis Pembukaan Rasmi Ericcson Brunei di Airpot Mall Brunei Darussalam, Persembahan yang mengambil masa selama 2 jam berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit gangguan bekalan elektrik tetapi persembahan tetap di jalankan.

Geng yang hadir

Pg Yussof = Gulintangan
Nora = Guciran
Awang = Bass Guitar
Ajid = Accordion
Rafie = Rebana
Aimi = Violin
Aju = Seruling bambu

more pictures www.brutradmusic.multiply.com

Monday, November 26, 2007

Emergency

Persembahan Last Min


Due to last min show Pg Yussof, Awang, Rafie, Ajid n Aju di minta hadir untuk Persembahan Majlis Perasmian Ericcson Company di bangunan Airport Mall pada Hari Rabu 28 / 11 / 07, pada pukul 12:45

geng Irama Bahtera yang sedang menjalani peperiksaan dan sedang bertugas adalah tidak di galakkan.

more activity calendar www.brutradmusic.multiply.com

Friday, November 23, 2007

Visit to Kristal FM Studio

Irama Bahtera in action


Nora, Aju, Rafie, Aimi n Ajid

Lawatan tempat rakaman untuk lagu-lagu gulintangan, lawatan yang diadakan pada hari jumaat petang berjalan dengan lancar. disamping itu geng irama bahtera juga dibawa melawat ke bahagian studio Kristal FM. Ribuan terima kasih kepada staff Kristal DstCom kerana sudi melayan karenah geng Irama Bahtera

More pictures www.brutradmusic.multiply.com

Wednesday, November 21, 2007

Schedule bulan Disember

Schedule bulan Disember Panuh



The One n Only Grand Gulintangan in Brunei Darussalam

02 /12 / 07 Majlis Perkahwinan di Lamunin Tutong

03/12/07 Majlis Makan Malam di Li-gong Empire Hotel anjuran Kementerian Kewangan

09 /12 / 07 Majlis Perkahwinan (Sebelah tengahari) (TBC)

09 /12 / 07 Majlis Makan Malam di Empire Hotel & Country Club ( Sebelah Malam)

16 /12 / 07 Majlis Perkahwinan (TBC)

23 /12 / 07 Majlis Perkahwinan di menglait gadong

30 /12/07 Majlis Perkahwinan Rimba Gadong

Schedule for year 2008 contact from this year

01/01/08 Majlis Perkahwinan di Dewan Balai Bomba Kawasan Bangunan Kerajaan

Februari / 08 Majlis Perkahwinan di jalan Kebangsaan

06/03/2008 Majlis Perkahwinan Najib Nassarudin di Anggerek Desa

April / 08 Majlis Perkahwinan

Amazing

20 /08/08 Majlis Perkahwinan

Sunday, November 18, 2007

Recording Instrumental

Recording di Kristal FM Studio



Geng Irama Bahtera di beri peluang untuk merakamkan lagu-lagu yang selalu di dendangkan semasa majlis perkahwinan, makan malam dan lain lain. Pada 23 / 11 / 07 sekitar jam 2 ptg kami akan ke bangunan DST group di tungku untuk melihat tempat rakaman. Antara lagu-lagu yang akan di rakam;
  1. Gol-Gol Nang (Versi baru)
  2. Selindang Kipas (Versi baru)
  3. Medley lagu-lagu Patriotik
  4. Medley lagu-lagu keputeraan
  5. Lagu Hadrah Bismillah (Instrumental)
  6. Medley Lagu-lagu pertandingan gulintangan sek-sek menengah
  7. Cindai
  8. Besame Mucho, Bossanova dan Sway (Bossa)
  9. My Way (dangdut)
  10. Lagu Ciptaan Aimi (Violin)
more news www.brutradmusic.multiply.com

Majlis Perkahwinan

Majlis Perkahwinan Hjh Asmah Attiyah & Haji Sabri


Tok kelana n nora in action


Majlis Perkahwinan yang berlangsung di kampong manggis 1, Persembahan mengambil masa selama 3 jam lebih, persembahan ini merupakan salah satu persembahan penting untuk kumpulan Irama Bahtera di samping membuat persembahan-persembahan makan malam

more pictures www.brutradmusic.multiply.com

Latihan Untuk Rakaman

Latihan Untuk Rakaman di Studio Kristal FM

Latihan di rumah cigu Pg Yussof pada hari sabtu 17 / 11 / 2007 berjalan dengan lancar. Peluang yang diberikan untuk merakam lagu-lagu brunei secara instrumental merupakan satu peluang terbaik untuk kumpulan kami. Rakaman akan di adakan pada awal bulan disember di studio Kristal FM. Latihan fasa pertama mengambil masa selama 4 jam untuk menghasilkan satu lagu dengan susunan terbaru lagu Gol-Gol Nang oleh geng irama bahtera.

Video latihan ada di upload www.brutradmusic.multiply.com

Friday, November 16, 2007

Air di Cincang Takkan Putus

Pemain Utama


Ajid, Pg Yussof, Nora, Aimi, Rafie, Awang
Aju


Aimi Violin, Nora Tamborin n Rafie Cajon


Para Pemain Irama Bahtera in Action

Serba sedikit koleksi gambar para ahli Irama Bahtera, Gambar ini diambil ketika Majlis makan malam di Empire Hotel & Country Club sempena makan malam HSBC.

more pictures www.brutradmusic.multiply.com

Kumpulan Irama Bahtera

Kumpulan Irama Bahtera mula bergiat aktif sekitar tahun 2000, bermula dengan 5 orang ahli terdiri daripada guru-guru sekolah dan kemudiannya digandakan kepada 9 orang pemain.


Konsep muzik kumpulan ini berkonsepkan ethnic fusion dimana peralatan muzik tradisional Gulintangan & Bangsi (Seruling) digabungkan dengan peralatan muzik moden.


Kumpulan ini sering kali diundang bagi majlis-majlis seperti Perkahwinan, Sambutan Hari Raya antara kementerian-kementerian, Majlis Koporat, Undangan majlis makan malam bagi perjumpaan pegawai-pegawai Asean, Pelancongan dan sebagainya.


Kumpulan ini pernah menjuarai Pertandingan Gulintangan Senegara pada tahun 2006 dan 2008 Anjuran Kementerian Belia dan Sukan Sempena Sambutan Ulangtahun Keputeraan KDYMM


Kumpulan ini juga berpengalaman membuat rakaman lagu-lagu tradisional Brunei di Studio Kristal FM, DST Group. Selain membuat persembahan seni muzik, kumpulan ini juga boleh mengiringi persembahan tarian dan juga nyanyian.

AHLI - AHLI

Pg Yussof Pg Hj Damit (Manager/Leader)

Noramerlina (Bendahari/Asst Leader)

Awang @ Dillah (Editor)

Anna (Presenter)

Rafie (Kelengkapan)

Aju (Conductor)

Ajid (Music Director)

Aimi (Composer)

Qays (Arranger)

Sekadar Di Pinggiran

Persembahan Raya Di Kementerian Kewangan dan di selenggarakan oleh BAG Network



Model kengalihan, Kenderaan Van ini telah di taja oleh Mr Abdoh

Aju, Ajid dan Dandrawi

Perbezaan diantara candid dan gaya

Aimi, Aju, Awang n Dandrawi

Aimi, Ajid, Awang n Dandrawi

Persembahan Raya di kementerian kewangan anjuran BAG Network pada 08 / 11 / 07 berjalan dengan lancar. Persembahan yang mengambil masa selama 4 jam ini telah di hadiri oleh para penghuni kementerian tersebut, Persembahan kami juga di selang seli kan dengan persembahan memukun dan mari berpantun dari staff BAG Network.

Lagu-lagu yang di mainkan oleh irama bahtera kebanyakkan nya lagu-lagu raya,

Member = Pg Yussof - Gulintangan
Awang - Bass Guitar
Ajid - Keyboard & Gambus
Aju - rebana
Aimi - Violin
Dandrawi - Tamborin
Rafie - Cajon

More pictures www.brutradmusic.multiply.com

Kenangan Mengusik Jiwa

Pertandingan Gulintangan Senegara Sempena Hari Keputeraan KDYMM



Johan Pertandingan Gulintangan Senegara

Pemain Irama Bahtera yang selamba

Pertandingan yang berlangsung pada tahun 2006 iaitu sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 60 tahun. Sebanyak 10 peserta yang bertanding, Pertandingan ini telah di anjurkan oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. Malam Kerdipan Silam ini telah menyatukan kesemua para pemain gulintangan dari seluruh kumpulan yang sedang giat memajukan industri musik gulintangan dari seluruh Negara Brunei Darussalam.

Lagu yang telah dibawakan oleh Kumpulan Irama Bahtera ialah;

Lagu wajib kudidi dan ayasan

Lagu pilihan Jipin Tar, Cindai dan Gol Gol Nang

Johan : Irama Bahtera
Naib Johan : Cadenza ( Bam's Group)
Ketiga : STPRI ( Cigu Basar 's Group)

More Pictures www.brutradmusic.multiply.com

Sunday, November 11, 2007

Contact Number

Contact Number

Untuk Jemputan Pangolin Majlis Perkahwinan, Makan Malam dan lain-lain sila hubungi ;

Pengiran Yussof = +673 871 1510
Nora = +673 877 9566
Dillah @ Awang = +673 896 4268

Untuk Mengelakkan sebarang kekeliruan sila hubungi sekurang-kurangnya 2-4 minggu sebelum majlis diadakan

iramabahtera@hotmail.com