create your own banner at mybannermaker.com!

Friday, November 16, 2007

Kumpulan Irama Bahtera

Kumpulan Irama Bahtera mula bergiat aktif sekitar tahun 2000, bermula dengan 5 orang ahli terdiri daripada guru-guru sekolah dan kemudiannya digandakan kepada 9 orang pemain.


Konsep muzik kumpulan ini berkonsepkan ethnic fusion dimana peralatan muzik tradisional Gulintangan & Bangsi (Seruling) digabungkan dengan peralatan muzik moden.


Kumpulan ini sering kali diundang bagi majlis-majlis seperti Perkahwinan, Sambutan Hari Raya antara kementerian-kementerian, Majlis Koporat, Undangan majlis makan malam bagi perjumpaan pegawai-pegawai Asean, Pelancongan dan sebagainya.


Kumpulan ini pernah menjuarai Pertandingan Gulintangan Senegara pada tahun 2006 dan 2008 Anjuran Kementerian Belia dan Sukan Sempena Sambutan Ulangtahun Keputeraan KDYMM


Kumpulan ini juga berpengalaman membuat rakaman lagu-lagu tradisional Brunei di Studio Kristal FM, DST Group. Selain membuat persembahan seni muzik, kumpulan ini juga boleh mengiringi persembahan tarian dan juga nyanyian.

AHLI - AHLI

Pg Yussof Pg Hj Damit (Manager/Leader)

Noramerlina (Bendahari/Asst Leader)

Awang @ Dillah (Editor)

Anna (Presenter)

Rafie (Kelengkapan)

Aju (Conductor)

Ajid (Music Director)

Aimi (Composer)

Qays (Arranger)

1 comment:

nobu(japan) said...

hi! i'm nobu we had a wonderful show today !!

thanX we are friend !